saya kah ? o.O
Wednesday, March 21, 2012 ★ 4:24 AM │
assalamualaikum,
haha umie hilang punca tetaw lah nanti umie nak study nanti nak terjun dalam bidang apa.
umie na buat pilihan tepat based on result .umie kalau buley lah nak cari yang lebih kurang ala-2 medical gitu . huhu
nak ambil medic ? um .. haha sat nak cari kekuatan .
*need istiqarah !
kawan-2 umie ramai yang ambil law..hee ~
tapi sekarang ni umie kena wat research segala macam dulu .
harap pilihan umie ni *good choice la untuk diri umie jugak.
tapi tadi sis umi *izzah @ II bagi umie link .
tapi umie uji minat kerjaya huhu
terrrrrrrrrr umie try la jawab solan segala questions tu an . hasil tentang diri umie ni lah :
SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia
Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.
*haha ok la syoq gak la penyayang tu.
INVESTIGATIF : Analitikal, rasional dan saintifik
Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial.
*umie rasa umie ni jenis boleh masok dengan orang haha . suka ja berkumpulan hoho .
ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain
Anda merupakan seorang individu yang mempunyai tahap dayasaing dan cita-cita yang tinggi. Anda suka melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Anda lebih suka bekerja dengan idea daripada bekerja dengan benda. Kebiasaannya, anda mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Anda sering memberi keutamaan kepada prestij, keuntungan, status diri atau kecemerlangan organisasi. Anda suka untuk memulakan sesuatu projek yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan bidang perniagaan. Anda seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
*hihi (^^.)
hu yang lain ada lagi . yang lain tu macam suggestion la untuk umie terjun ka selam ka na study dalam bidang apa . tapi InsyaAllah Allah ada nak tolong umie.
Ya Allah show me the right path . amiin <3
OLDER POST | NEWER POST